Bismillah
Dah lama tak menaip ni,kekok pulak rasa!Walhal assingment kena type jugak.haha.Takpelah,mungkin hari ni nak kongsikan something yang berguna.Insya Allah.
Pernah tak kecewa bila tiada orang yang ikut kita main sama-sama kekecik dulu?
Pernah tak kecewa bila result exam tak memberansangkan??
Pernah tak kecewa bila kita cuba sebarkan kebaikan tapi tak ramai atau takde lansung yang mengikut??
Dengar ni sahabat-sahabat,
Satu kisah,seorang sahabat yang bernama Tufail Al Amru Ad Dusi R.A,yabg berasal dari suku kaum Ad Dus.Pada suatu hari,Nabi Muhammad S.A.W menyuruh Tufail untuk pergi berdakwah pada kaumnya iaitu kaum Ad Dus.Lalu pergilah Tufail kepada kaumnya dengan harapan bahawa mereka akan menerima dakwahnya.Tetapi sebaliknya yang berlaku.takde sorang pon yang terima dakwahnya.
Dengan perasaan kecewa,Tufail pulang bertemu Nabi Muhammad dan luahkan kekecewaan dia tadi.Nabi terus berdoa "Ya Allah,kau berikanlah hidayah kepada kaum Ad Dus".Kemudian Nabi menyuruh Tufail kembali berdakwah kepada kaumnya.
Lalu pergilah Tufail ke kaumnya,dengan harapan bahawa mereka semua akan menerima ajaran Islam,tapi dalam ramai-ramai kaum Ad Dus hanya seorang saja yang menerima ajarannya.... Siapakah dia?Dia lah yang dikenali sebagai Abu Hurairah,antara sahabat yang terkenal dengan kehebatannya khusus dalam bidang hadis.Dan lama lepastu,kaum Ad Dus mula terima Islam.
Hasil daripada kekecewaan,tapi istiqamah dalam perjuangan membuahkan hasil.Jadi jangan sangka hari ni tanam benih,esok jadi pokok yang berbuah apatah lagi yang manis!hahaha.Kena la tabur baja,siram sikit ayaq.Kan?Perlunya bersabar dan istiqamah.
Pesan dekat diri,
"Kalaupon kita ni jahat,tak salah kalau kita kongsikan benda yang baik.Mana tau,hasil perkongsian kita yang baik tadi,ade orang amalkan seterusnya sebarkan!Banyak saham akhirat kan?InsyaALLAH."-Wallahualam
Al Fatihah untuk Naziq Faizal (1997-2016)

No comments:
Post a Comment