Mungkinkah dia seperti sahabat sang penghuni langit..? Cemburu!
2 hari yang lalu, kami dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan sebaya kami (ikhwah). Dikhabarkan beliau mula sakit sejak 2 bulan yang lalu.. dan subhanAllah.. Allah SWT telah menjemputnya pada tarikh yang sangat cantik, iaitu pada pagi 15 Ramadan.
Apa yang aku taajub adalah bagaimana pengakhiran hidupnya di dunia fana' ni. Terpilih untuk kembali bertemu Pencipta pada bulan yang mulia sebagai seorang penuntut ilmu.
Aku terfikir. Beruntungnya beliau. 3 kali solat jenazah untuk beliau (2 kali di Mesir dan sekali di Malaysia). Allahu Akbar, Ya Rabb.. berapa ramai orang yang memohon ampun untuk beliau? Berapa ramai pula orang yang mengaminkan kebaikan buat beliau? SubhanAllah.. sungguh itu nikmat yang sangat besar!
Sudah pasti ada kebaikan-kebaikan kecil yang beliau istiqamah. Melaksanakannya seikhlas hati. Dengar cerita mengenai beliau ketika di Malaysia juga menggambarkan beliau seorang yang berakhlak meskipun seorang yang agak pendiam (low profile). Namun aku yakin.. dengan sifatnya itu.. wasilah besar untuk meraih cinta Sang Pencipta. Bila dicintai Pemilik seluruh alam, sudah pasti dicintai seluruh penduduk langit. Maka, ia telah menarik kesemua penduduk di bumi turut menyayanginya. SubhanAllah.. Oleh itu, disaat aku merasakan beliau sudah tersenyum bahagia di alam sana, aku mengharap agar kami yang masih menunggu giliran juga dianugerahkan sebaik-baik pengakhiran olehNya, ameen ya Rabb. "...barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan".
(Surah Ali Imran: 185)-
Al Fatihah buat beliau, Almarhum Ustaz Nor Alif Luqman bin Nor Azmin. Semoga dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan beliau.
_____________________________
Mungkinkah dia seperti sahabat sang penghuni langit...?
Tidak dikenali dibumi, tapi sangat terkenal dilangit.. dialah Uwais al-Qorni.
Cemburu! *Semoga bermanfaat untuk muhasabah bersama dan menambah amal sebagai bekalan di akhirat kelak.
Sunday, 26 June 2016
Cemburu ?
Subscribe to:
Comments (Atom)

